Hai geng kali ni aku nak up story konvoi ke Betong Thailand baru-baru ni. Misi utama nak tengok Iyerweng AKA awan nano. Dah lama plan nak pi sini so this time baru jadi. Tarikh 6 oktober 2017 bersamaan hari Jumaat malam kami ke sana.
Kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 10 malam RV point kat Shell Taman Layang-Layang Kepong. 12 buah motor teridiri daripada 3 X1R, 1 Y15, 1 RS150 & 6 Yamaha LC. 3 couple yang lain single rider.
![]() |
Shell Taman Layang2 Kepong |
![]() |
Jambatan Raja Muda Nazrin view belakang (TasikRaban) |
Rehat makan tidur kat situ sementara tunggu waktu subuh then baru sambung perjalanan. bukan apa nak jalan malam2 ikot laluan kampung ni agak risau dengan keadaan jalan or haiwan melintas kan.
Hampir pukul 6 pagi kami mula bertolak. Perjalanan akan melalui susur keluar Kuala Kangsar - Lenggong - Lawin (berhenti isi minyak) - Gerik - Pengkalan Hulu.
Tapi nak habaq awal2 noh. Sapa rasa minyak kuat makan kat RnR Sungai Perak tu isi la minyak penuh2 tak pun dari situ spare 1 botol 1.5 liter
Sebab aku dah kena minyak habis. Kalau malas nk bawak spare botol antara kuala kangsar ke Lawin ada Petronas sebelah kanan isi kt situ tu pun kalau bukak la pepagi. aku pun tak perasan masa pergi masa balik tu baru nampak haha.
![]() |
Zul Taler |
Panjang terowong ni lebih kurang 120 meter. Mula2 tu ok je makin lama makin sesak pulak aku rasa sebab memang takda tanda2 jalan keluar. cuak gak lah. Dari 1 simpang ke 1 simpang aku cuba masuk.
![]() |
Akar bapak besor |
![]() |
Peluru ke?
Masa nak gerak balik hujan lebat, So lepak la kat pondok depan kedai sourvenir Piyamit. Ternampak polis Thai escort tourist sempat gak ambk gambor sekali hehe
|
Then kami bergerak ke Hot Spring tak jauh dari siti. Masuk ke dalam ni FOC Hot Spring sini bersih dan terjaga tak macam Kolam Air Panas Selayang haha. Aku, ijat, paan, eyra, imran dan aboy lepak rendam kaki yg lain sedut air kelapa.
Air kelapa sebiji 250Bath. ambk masa 30 minit rehat kat situ baru bertolak ke Hotel. Hala balik lepas post guard ada port bergambar lawo. So park bergambar lagi hahaha
![]() | ||
Penthouse Resort |
Petang tu aku, aboy dengan zul pomen plan pi cari kedai makan, mula2 jalan kaki tapi area hotel tak nampak kedai makan tambahan cuaca dh start nak hujan. Last2 nak motor gak sebab takda tujuan sangat nak ke mana.
Aku ajak dorang pi Kedai Route 410. Tak lengkap datang Betong tak singgah sini. Kedai ni biasanya bikers or riders datang beli baju & stiker. Lebih kurang macam kedai ROUTE 41 kat Patthalung cuma beza nya kt sini takda pekan mini koboi tu je.
![]() | ||||
Aboy dan kain pelikat berpisah tiada |
Lepak kat situ sampai la ke maghrib tinggal aku, aboy, zul taler & wife dy je. Bila balik hotel pintu tak boleh bukak pulak. Haaa sudah si zul pomen lock kunci dari dalam dah panggil orang hotel pun tak bole bukak gak.
Malas nak fikirkan kami pun follow yang lain pi pusing town Betong naik Tuk-Tuk sorang bayor RM3. Harga asal sorang RM2 tapi dia keTUK la harga ingat kami 1st time masok Betong. Botak yang selalu masuk sini bertekak ngan driver Tuk Tuk. Tapi singgit punya pasal kira maafkan je la. So hati2 la bila dah deal tu biar deal betul2.
Malam bandar Betong hidup cuma area Clock Tower dan club2 malam. Plan nak gi Night Market punoh driver Tuk-Tuk bagitau sekarang musim hujan night market tak bukak. Dia pun bawak ke situ memang benor takda gerai bukak.
Malam tu makan lagi kat belakang Central Market Betong. Nak dibandingkan makanan petang tadi, kedai kat sini lebih sedap. Nasi Paprik betul sedap original Thai la katakan. cuma pelayang dia je kerek sikit.
Balik hotel jalan kaki je reramai nak naik Tuk-Tuk lagi memang tak la. bukan selalu dapat berjalan ramai2 kat town Betong kan. Tak jauh pun dalam 15 minit je.
Sampai hotel tengok jam baru pukul 11 Malaysia. Kat Thailand baru pukul 10 malam. Nasib la si zul pomen bukak pintu bilik kalau tak mau nya kena ambk lagi satu bilik. macam2 hal.
Sebelum tidur berendam dulu dalam Tab, bukan biasa2 hotel ni nampak sizen tapi dalam mewah. Si zul pomen kua lepak makan dengan botak , ozie & paan. Malam tu lebih kurang nak masok pukul 2.
kami dapat berita geng2 kat KL eksiden kat highwat kl - seremban, bob kedut & haziq terlibat sama. Salah sorng patah kaki. 4 orang meninggal salah sorg dari 4 tu pomen LC FR Garage (Along). Alfatihah buat mereka yang terlibat semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Ok setel untuk story 1 hari ni. Esok aku sambung lagi noh
Bawah ni aku belanja sikit gambar2 time kat sana.
Callow.
![]() |
Mural |
![]() |
Hot Spring |
![]() |
Pintu Gerbang Piyamit Tunnel |
![]() |
Clock Tower Betong |
![]() |
Mail Box Simpang Clock Tower |
![]() |
Maher Zain Malaysia |
![]() |
Simpang ke Winter Flower Garden |
![]() |
Parking Penthouse Resort |
![]() |
Peace Jangan Turun |
![]() |
Abam Polis buat roadblock sebelum Kastam Malaysia |
syok betul tgok gambar awok ni.
ReplyDeleteKita kasi bakor semngat suh pi..mmg syok...try pi skali musim hujn skrg sng nk jumpa awan nano..klau x tau jln abam bole tnjukkn :P
ReplyDeleteMenarik sgt bro.....jom raya cina ni p betong bro...
ReplyDelete