Thursday 28 April 2016

Nasi Lemak Di Mata Dunia



APA sarapan pagi anda hari ini, nasi lemak? Jika ya, itu pastinya pilihan yang tepat memandangkan hidangan yang digemari oleh kebanyakkan rakyat Malaysia itu diiktiraf sebagai antara makanan yang paling sihat untuk sarapan.

Majalah TIME dalam artikelnya bertajuk “10 Healthy International Breakfasts” menyenaraikan 10 makanan paling sihat yang boleh dinikmati untuk sarapan pagi di 10 negara di dunia.

Menurut laporan majalah antarabangsa itu yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, nasi lemak yang disifatkan satu hidangan yang lazat adalah makanan yang seimbang kerana kaya dengan pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia.

"Biarpun makanan itu sedikit berlemak, ia seimbang kerana kaya dengan sumber protein dan karbohidrat. Cili dalam sambal yang dihidang bersama nasi lemak juga dapat meningkatkan metabolisme seseorang," jelas TIME dalam artikel yang disiarkan pada Isnin.

Selain nasi lemak yang kini menjadi hidangan utama di hotel-hotel terkemuka dan menembusi pasaran antarabangsa, makanan lain yang turut disenaraikan sebagai sarapan yang sihat adalah hidangan gabungan buah zaitun, tomato, keju, telur dan sosej dari Turki.

Turut tersenarai adalah sarapan dari negara Israel; Jepun; Vietnam; Mesir; Costa Rica; Iceland; Rusia; serta India.

Pengiktirafan tersebut sekaligus membuktikan bahawa nasi lemak adalah antara hidangan penting untuk dinikmati setiap pagi.

Sebagai info, berikut senarai harga nasi lemak yang dijual di restoran terkenal di seluruh dunia, mengikut laporan yang dikeluarkan oleh portal RinggitPlus.com






sumber - Malaysian Digest 

No comments:

Post a Comment