Wednesday 11 October 2017

Konvoi Iyerweng Betong Thailand 2017 (Chapter 1)


Hai geng kali ni aku nak up story konvoi ke Betong Thailand baru-baru ni. Misi utama nak tengok Iyerweng AKA awan nano. Dah lama plan nak pi sini so this time baru jadi. Tarikh 6 oktober 2017 bersamaan hari Jumaat malam kami ke sana.

Kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 10 malam RV point kat Shell Taman Layang-Layang Kepong. 12 buah motor teridiri daripada 3 X1R, 1 Y15, 1 RS150 & 6 Yamaha LC. 3 couple yang lain single rider.

Shell Taman Layang2 Kepong
Malam tu sepanjang jalan hujan aku bawak slow je la. depa nak laju2 pun nanti tunggu kat RnR juga haha. Nak hampir 2.30 pagi kami tiba di RnR Sungai Perak.
 
Jambatan Raja Muda Nazrin view belakang (TasikRaban)


Rehat  makan tidur kat situ sementara tunggu waktu subuh then baru sambung perjalanan. bukan apa nak jalan malam2 ikot laluan kampung ni agak risau dengan keadaan jalan or haiwan melintas kan.

Hampir pukul 6 pagi kami mula bertolak. Perjalanan akan melalui susur keluar Kuala Kangsar - Lenggong - Lawin (berhenti isi minyak) - Gerik - Pengkalan Hulu. 

Tapi nak habaq awal2 noh. Sapa rasa minyak kuat makan kat RnR Sungai Perak tu isi la minyak penuh2 tak pun dari situ spare 1 botol 1.5 liter

Sebab aku dah kena minyak habis. Kalau malas nk bawak spare botol antara kuala kangsar ke Lawin ada Petronas sebelah kanan isi kt situ tu pun kalau bukak la pepagi. aku pun tak perasan masa pergi masa balik tu baru nampak haha.

Zul Taler

Shell Lawin (7.40 am)

Dari Shell Lawin terus ke Pengkalan Hulu isi minyak kat Petronas sebelah masjid. Tips kalau korang nampak kerete mercedes lama dok isi minyak tak payah la tunggu dorang isi memang lama. TANK BESAR paham2 je la.



Petronas Pengkalan Hulu

Depan petronas tu ada warung sebelah kanan jual nasi campur awek cun tapi masa aku datang nasi tak siap masak lagi. So aku lepak makan warung sebelah dia. Roti canai ada kuih ada, yang special kat sini ada Nasi Ayam Pandan & Nasi Lemak Pandan. nak lagi senang panggil Nasi Lemak Hijo.

Nasi Lemak Pandan aka Nasi Lemak Hijo






Setel sesi memenuhkan perut kami pun bertolak. Time ni la motor aku start buat hal. Tiba-tiba mati kat trafiklight simpang nk ke border. Sekali zul pomen bukak2 tiub minyak dri tangki ke carburator tercabut. Condition pun dh teruk. Nasib la aku bawak spare siap2 dari KL.

Ingatkan dah setel hal lain pulak jadi. Spring kick stater pulak patah, bila start je ad bunyi berdesing dalam enjin. Zul pomen bagitau awal2 dah benda yang rosak tu berkait ngan gearbox so balik KL nanti memang kena obehol demm. Potong mood betul!

Dari situ bermula la aku ride bawah 100km/j hahaha mcm siput doowh. Tapi nak complete kan mission aku gagahkan gak la. bawak je la layan perasaan sampai la ke Kastam Malaysia.

Sebelum kastam akan lalu roadblock polis depa nak tengok GERAN MOTOR & PASSPORT.

Then masok belah KASTAM Malaysia keluarkan passport je bagi dorang cop.

Kastam Thailand pulak korang masok parking. Then pi kt kaunter sebelah luar bagi passport selit rm2 bia depa isikan whitecard utk korang. Bila dah siap isi nanti korang cuma sign je.

Then masok sebelah kaunter kat dalam selit whitecard & rm2 dalam passport bagi ke depa. dorg nak scan muka & cop passport kt kat situ. ok hal passport setel kat sini.

Bab insurans aku agak confius gak. tapi aku masok memang x pakai insuran. Untuk declare motor pergi kat bangunan lama kastam thailand yang sebalah bawah tempat laluan kereta. ambk kaunter sebelah kanan sekali selit geran & selit rm2 lagi then dapat surat declare kenderaan.

Macam aku kena haritu tiba2 system down makanya takkan dapat surat declare tapi bole je masok cuma kena masok RM5 dalam tabung. 

Urusan kat border setel  pukul 11.30 waktu Malaysia. bersamaan 10.30 waktu Thailand. Kami terus bergerak ke bandar Betong cari simkad. takda line internet pisang wow. Tapi jangan risau internet kat Thailand murah dan laju berbanding Malaysia


Sampai town beli simkad ICE berharga 100Bath boleh guna 24 jam dan UNLIMITED. beli 24 jam je cukup sebab kami pun buat trip ni 2 hari 1 malam. kalau korang tanya kedai yang mana aku cuma ingat kedai hanphone tu warna biru sebelah kanan jalan sebelum Clock Tower Betong.


Then kami teruskan perjalanan ke Piyamit Tunnel. ada apa kat sini korang mesti tertanya2. Tempat ni kawasan komunis asalnya, Terowong ni dulu digunakan oleh tentera komunis untuk berlindung or menyerang kawasan Malaysia. Kat dalam terowong ni dh macam rumah ada bilik tidur , tempat masak dan macam2 lagi.


Pintu Gerbang Piyamit Tunnel

Touch down bak kata omputeh
Kadar bayaran masok dalam terowong RM7.50 untuk duit Malaysia / 60 Bath duit Thai. Alang2 dah sampai sini rugi tak masuk. Masa ni hujan lebat aku dengan aboy gerak dulu masuk terowong yang lain berteduh kat pondok. Sebelum nak sampai ke terowong ni korang kena trekking sikit tapi dont worry trek memang ada siap bersimen cuma mencuram ke atas je.





Keadaan Piyamit Tunnel
Panjang terowong ni lebih kurang 120 meter. Mula2 tu ok je makin lama makin sesak pulak aku rasa sebab memang takda tanda2 jalan keluar. cuak gak lah. Dari 1 simpang ke 1 simpang aku cuba masuk.
Dalam banyak2 simpang aku lebih tertumpu kat simpang hala ke Muzium jarak ke pintu keluar 7 meter. kawasan yang dia declare muzium tu takda apa pun cuma tempat lapang. Aku pun servey jalan sekeliling ada satu signboard Thousand Tree hala menurun ke bawah bukit. Apa lagi jalan daaa

Akar bapak besor

Peluru ke?

Masa nak gerak balik hujan lebat, So lepak la kat pondok depan kedai sourvenir Piyamit. Ternampak polis Thai escort tourist sempat gak ambk gambor sekali hehe

Then kami bergerak ke Hot Spring tak jauh dari siti. Masuk ke dalam ni FOC Hot Spring sini bersih dan terjaga tak macam Kolam Air Panas Selayang haha. Aku, ijat, paan, eyra, imran dan aboy lepak rendam kaki yg lain sedut air kelapa. 




Air kelapa sebiji 250Bath. ambk masa 30 minit rehat kat situ baru bertolak ke Hotel. Hala balik lepas post guard ada port bergambar lawo. So park bergambar lagi hahaha


Akhirnya sampai jugak hotel setelah seharian ride. kami menginap di PENTHOUSE RESORT. Ambik pakej 750Bath termasuk 1 katil queen & 1 katil single. So boleh bahagi 3 orang. Seblik dengan aku zul pomen & aboy. Masok bilik mandi2 terus tidur petang sikit baru kami keluar tu pun sebab perut dah bergendang hahaha


Penthouse Resort

Petang tu aku, aboy dengan zul pomen plan pi cari kedai makan, mula2 jalan kaki tapi area hotel tak nampak kedai makan tambahan cuaca dh start nak hujan. Last2 nak motor gak sebab takda tujuan sangat nak ke mana.

Aku ajak dorang pi Kedai Route 410. Tak lengkap datang Betong tak singgah sini. Kedai ni biasanya bikers or riders datang beli baju & stiker. Lebih kurang macam kedai ROUTE 41 kat Patthalung cuma beza nya kt sini takda pekan mini koboi tu je.

Aboy dan kain pelikat berpisah tiada 



Kat area situ ada banyak kedai makanan muslim, kami pun  makan kat situ je. Tomyam dia boleh tahan padu aboy la kata sebab dia yang order. Aku order nasi goreng plus ayam goreng cincang je yang penting kenyang haha

Lepak kat situ sampai la ke maghrib tinggal aku, aboy, zul taler & wife dy je. Bila balik hotel pintu tak boleh bukak pulak. Haaa sudah si zul pomen lock kunci dari dalam dah panggil orang hotel pun tak bole bukak gak.

Malas nak fikirkan kami pun follow yang lain pi pusing town Betong naik Tuk-Tuk sorang bayor RM3. Harga asal sorang RM2 tapi dia keTUK la harga ingat kami 1st time masok Betong. Botak yang selalu masuk sini bertekak ngan driver Tuk Tuk. Tapi singgit punya pasal kira maafkan je la. So hati2 la bila dah deal tu biar deal betul2.

Malam bandar Betong hidup cuma area Clock Tower dan club2 malam. Plan nak gi Night Market punoh driver Tuk-Tuk bagitau sekarang musim hujan night market tak bukak. Dia pun bawak ke situ memang benor takda gerai bukak.

Malam tu makan lagi kat belakang Central Market Betong. Nak dibandingkan makanan petang tadi, kedai kat sini lebih sedap. Nasi Paprik betul sedap original Thai la katakan. cuma pelayang dia je kerek sikit.

Balik hotel jalan kaki je reramai nak naik Tuk-Tuk lagi memang tak la. bukan selalu dapat berjalan ramai2 kat town Betong kan. Tak jauh pun dalam 15 minit je.

Sampai hotel tengok jam baru pukul 11 Malaysia. Kat Thailand baru pukul 10 malam. Nasib la si zul pomen bukak pintu bilik kalau tak mau nya kena ambk lagi satu bilik. macam2 hal.

Sebelum tidur berendam dulu dalam Tab, bukan biasa2 hotel ni nampak sizen tapi dalam mewah. Si zul pomen kua lepak makan dengan botak , ozie & paan. Malam tu lebih kurang nak masok pukul 2. 

kami dapat berita geng2 kat KL eksiden kat highwat kl - seremban,  bob kedut & haziq terlibat sama. Salah sorng patah kaki. 4 orang meninggal salah sorg dari 4 tu pomen LC FR Garage (Along). Alfatihah buat mereka yang terlibat semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Ok setel untuk story 1 hari ni. Esok aku sambung lagi noh

Bawah ni aku belanja sikit gambar2 time kat sana.

Callow. 

Mural
Hot Spring
Pintu Gerbang Piyamit Tunnel
Clock Tower Betong

Mail Box Simpang Clock Tower
Maher Zain Malaysia
Simpang ke Winter Flower Garden

Parking Penthouse Resort
Peace Jangan Turun

 
Abam Polis buat roadblock sebelum Kastam Malaysia























 

3 comments:

  1. syok betul tgok gambar awok ni.

    ReplyDelete
  2. Kita kasi bakor semngat suh pi..mmg syok...try pi skali musim hujn skrg sng nk jumpa awan nano..klau x tau jln abam bole tnjukkn :P

    ReplyDelete
  3. Menarik sgt bro.....jom raya cina ni p betong bro...

    ReplyDelete