Sunday 26 April 2015

Hutan Lipur Kanching






Pagi ni seperti yg dirancang last week untuk pegi bermandi manda. asalnya plan nak pergi ulu yam je..tapi dah selalu sangat ke sana. So aku cadangkan kat housematte "kita pi air terjun yg dekat dengan hutan rimba tampler". Aku pun tak tahu nama tempat tu sebenarnya, pakai google map terjumpa " air terjun kanching". kitaorg pun bersiap gerak sebelum tu ada gak ajak member student unikl, tapi bz ngan assignment pulak si matyeh ngn salleh. Aku, ayad ngan abg K je la yang pergi, dengan perut tak diisi lagi bangun mandi packing barang terus gerak....(tapi dorang je la x brekfest..aku pagi2 keluar dah pergi ngeteh kat kedai bawah rumah hahahaha) dengan bermodalkan jentera myvi hitam si ayad kami bergerak.


Perjalanan ambil masa dalam 15 minit je dari rumah. Cuma kalau first time datang memang susah sikit nak jumpa. Kalau dari arah KL korang kena ikot jalan Kuching arah ke Rawang, nampak simpang highway Latar korang terus lagi. Sampai la jumpa Tesco Rawang  buat uturn arah ke KL semula. Dari nanti lepas simpang highway Latar dari arah Rawang korang bawak perlahan. Simpang masok ke Hutan Rimba Kanching ni agak tersembunyi sikit sebab lokasinye betul2 kat korner.

Dah sampai full parking pulak kat pintu depan. Terpaksa la parking jauh sikit. Tempat parking berlumpur maybe sebab hujan malam tadi. Dah ready barang kami pun gerak masok ikot pintu utama. Ingatkan free masok rupanya kena bayar , 3 kepala RM8.40 termasok GST 0.12sen. Haiya nak mandi pun kena GST. hahahaha kalau debat pasal GST memang takkan habis.

Berbalik pada cerita kita tadi, kat sini air terjunnya ada 7 level. Kami memang takkan mandi level bawah sebab dah tahu air mesti kotor punya. TAPI pada korang yang suka bawak makanan tu berjaga2 lah, kat sini monyet memang banyak giler sepanjang trekking dari level 1 sampai level 4. Time aku naik tu ada la chinese ngan family dy bawak roti dalam beg, dengan slumber nye monyet ni datang dekat ambik nak melawan kawan monyet tu berkumpul kiri kanan jalan hahaha dah macam street monkey pulak kan.



Kami pun memulakan perjalanan mendaki. nampak kat bawah macam takde orang tapi sapa sangka sampai kat level 4 bersepah orang & monyet hahaha yang kelakar nye monyet tu macam standby je tuggu giliran ambik makanan kat brader yang buat bbq tu.

Level 4

Ni kawasan level 4. Ramaikan ?? kami malas nak lepak sini (sombong konon) teruskan mendaki sekali tengok trek boleh pitam wow 300 darjah menaik. memang penat giler. aku g trekking kt chiling sebelum ni pun takde penat gini. Tapi dengan semangat nak abeskan sampai level 7 paksakan diri gak,

Tangga menuju ke puncak hahaha


yang kat bawah tu level 4

gambar dari tepi trekking



dah sampai level 5 cuma air mengalir je, relex take five..then teruskan perjalanan semula. Trek untuk ke level 6 takde mendaki dah cuma jalan hutan je & tak ramai yang berselisih ngan kami. dah sampai level 6 bunyi bade2 indian mandi kat situ nak join tempat tu kecik. So kami mendaki lagi untuk sampai ke level 7.

level 6























Daki punya daki, sampai level 7 takde port mandi. cuma air terjun & takungan air kecik je. Punya la hampa,  nak naik lagi memang dah tak mampu ini betul2 tinggi. Aku tak tahu apa masalahnya nak upload pic level 7.Haish gambar yang lain senang je nak upload.




level 7

 Tengok dia punya curam nak mendaki tak larat la toqq. Fitness gua dah hancur lama tinggalkan sukan sejak berkaca mata ni. Malas banyak cerita kami turun semula pergi level 5 lepak mandi situ. Takde orang, air pun fresh tak macam kat bawah. Mana taknye kami bertiga je mandi kat situ. badan dengan letih2 mendaki tadi bila dapat berendam terasa syahdunye. Walaupun tak dalam macam kat bawah tapi setakat paras pinggang bole menyelam lagi hahaha.

level 5




Abg K merenung masa depan





Dah puas brendam sejam lebih. Lebih kurang pukul 1 kami turun semula. Hajat hati nak brendam lagi lama tapi ada dua group datang kat port kami. kat siti tempat yang bole mandi kat tempat kami je. bahagian atas & bawah paras buku lali je. Kami pun gerak ikot jalan semasa datang tadi. Monyet2 dduk kiri kanan mengakhiri perjalanan pulang. So sampai sini je cerita aku pada hari ini. Kalau ada trip lagi aku update. Mybe ke Taman Negara Pahang, Insyallah ada rezeki. see you next time geng.


Ayad & Abg K















No comments:

Post a Comment