Wednesday 20 May 2015

Trekking Sungai Pisang Gombak

17-05-2015 (AHAD)






Assalamualaikum,

Entri kali ni aku nak cerita pengalaman trekking ke Sungai Pisang. Ctuaca pagi ahad tu cerah memang sesuai untuk masuk hutan. Pagi2 lagi dah bangun setel mandi aku keluar cari breakfest tak jauh mana pun pergi kedai bawah kat simpang sekolah sungai kertas tu je. Sementara nak tuggu geng2 housemate aku siap, baik pergi makan dulu hahaha.



Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 11.30. Sepatutnya pukul 10 gerak tapi ada masalah teknikal hahaha. Dengan menggunakan kenderaan myvi & iswara berwarna hitam kami bergerak ke lokasi trekking hari tu. Sebelum tu singgah isi petrol kat petron Sri Gombak dan memulakan terus perjalanan melalui MRR2, kemudian exit ke kiri menghala ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA), nanti akan jumpa traffik light belok ke kiri dan terus je sehingga nampak traffik light ke dua. Dari situ akan nampak signboard ke kanan yg tertera Bentong atau lebih di kenali dengan nama Jalan Gombak Lama. Lepas belok ke kanan cari sahaja papan tanda Muka Sauk Sungai Gombak selepas SKEM Driving Academy, dan terus masuk simpang kiri yang ada. Ada kawasan chalet-chalet kecil di tepi sungai.


Kami sampai kat situ lebih kurang 12 tengahari. Nak masok situ kena bayar satu kepala RM1, duit apa jangan di tanya sebab aku pun tak tahu. Sebiji kereta dapat parking dekat dengan pintu Syabas. Lagi sebiji terpaksa uturn parking kat pintu masok Alang Sendayu. Aku, Ayad , Is & Abg K naik myvi satu kereta. Suthen , Puntat & Govin satu kereta. Dah siap nak gerak ke Ayad pulak perut memulas, kena tuggu...tapi bila lama sangat kami pun gerak perlahan2 setapak ke parking geng2 suthen. Tak lama lepas tu Ayad pun sampai pada kami.



Aku pun usha kereta iswara hitam tu takde orang lak, nak call takde line, So kami pun gerak melintas anak sungai ke seberang sana. Menyusur sebelah kiri sampai lah nampak terowong air. Haa lupa nak bagitau kalau nak datang sini lebih baik pakai pakaian yang bersesuian sebab apa2 hal pun memang kena melintas anak sungai & berjalan dalam air. Lalu dalam terowong sampai tembus & menyusur je anak sungai tu sampai satu part anak sungai tu bercabang dua. Pilih anak sungai yang ke kanan. Kat sini kena berhati2 sikit masa perjalanan kami trek basah sebab malam sebelum nya hujan. lebih kurang 15 minit dari situ jumpa la air terjun.


Memang betul hari tu ramai gila orang. Sapa sangka dalam hutan gini ada orang sedang berkampung mandi-manda.Kami nak mandi level bawah ni tapi orang terlalu ramai dah macam sardin dengan rock climbing nye kat curam air terjun tu. So kami decide untuk mandi kat level 2. Untuk naik ke level 2 kena panjat pada akar2 kayu 90 darjah wow nak naik tu, jangan silap langkah bole bawak maut.


Bahagian atas ada  2 tapak perkhemahan, Mybe geng2 yang climbing ni bermalam sejak semalam. So kami ikut anak sungai sampai la jump tempat yang sesuai untuk mandi. Dah letak beg & barang semua kelaparan mencari makanan. Masing2 dah tapau nasi lemak & nasi kukus. Apalagi Kasi makan dulu baru terjun.

Kat situ air nye agak keruh skit myb sebab kedalaman nye. aku terjun dari atas batu tu pun x jejak dasar wow! tapi yang pelik nya ada budak kecik ni mandi dengan slumber nye terjun naik terjun naik macam air tu paras2 dorang je mak nye pun x melarang  hahaha

Tak lama lepas tu hujan lebat turun. Nak mandi lagi pun risau kepala air so aku decide nak gerak turun dulu. Suthen, Puntat & Govin dorang stay lagi, Ayad & Is gerak, Aku & Abg follow dari belakang. Nak turun semula ikot curam tu agak bahaya sebab tanah dah licin memang cari pasal kalau nak turun gak. Aku ternampak ada geng lain ikot jalan lain, haa aku ngan abg pun follow je dorang dari belakang. penghujung jalan nye keluar kat tepi highway karak. Nasib ler sebelum keluar aku dah baca blog Budak Letrik. Memang ada banyak banyak jalan sebenar nye. kalau parking kat tepi highway boleh, ikut Alang sendayu pun boleh. So aku ngan abg pun jalan je tepi highway redah hujan sampai la jump ad satu signboard besar kat satu korner highway tu. Belakang Signboard tu ad tangga menurun. kami turun ikot situ dan jumpa terowong air masa mula2 datang tadi.



Tak lama lepas tu nampak Ayad ngan Is sampai..hahahah kami punya shortcut baik punya..dorang gerak dulu kami dah sampai menunggu. Selang 5 minit suthen & the geng sampai. Bila semua dah ada kami bergerak keluar dari terowong untuk pulang. Sampai je kt anak sungai yang kami melintas masa awal datang tadi. Haaa tu dia punya deras air, nak melintas sorry la tengok pun dah seram. Air yang punye jernih n perlahan  tadi dah jadi kaler tanah merah bersama deras. Nak tak nak kami kena cari jalan lain.

So redah je trek yang ada sehingga masok kt kawasan private. nak tumpang lalu pun kena sound oi..tahu la tempat dy tapi jangan la buat muka sangat. apa2 pun kami dapat melintas ikot laluan homestay tu. Lebih kurang pukol 5 kami sampai di rumah semula dengan selamat. Ada yang kata tak puas hati sebab hujan turun. Kami akan repeat lagi lepas ni dengan bahan2 berbeku.

Sampai sini saja entri aku kali ini. semoga berjumpa di entri akan datang. Caw geng

 
                                                                      Sungai Pisang

















 



 

1 comment: