Monday 27 April 2015

Dewi Remaja Vs GST





 Muka saja cantik tapi sayang, IQ rendah. Itu antara kritikan pedas yang dilemparkan terhadap salah seorang peserta 2014/ 2015 Dewi Remaja, Mawar Rashid.
Menerusi sebuah video yang menjadi viral sejak semalam, menunjukkan gadis itu tidak dapat menjawab secara tepat apa itu maksud Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).






Ekoran itu, Mawar teruk dihentam malah ramai yang turut menyifatkan dia hanya memiliki wajah cantik dan pengikut ramai di laman Instagram tetapi tidak peka kepada isu semasa.
Perkara itu turut menarik perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad hingga berkongsi komen di laman Facebook miliknya dan seakan menempelak Mawar.
"Apa yang kau orang cuba lahirkan di dalam industri? Jangan salah faham. Tapi ini agak sedih kalau bawa masuk ke dalam industri. Muka cantik tetapi pendidikan 'out'. Belajar dulu adik, baru fikir kemasyhuran," kata Sharnaaz.





Bagaimanapun, menerusi laman Instagram miliknya, Mawar memohon maaf kepada semua kerana kurang peka terhadap isu semasa negara.
"Pelajaran dan tugasan di kolej serta aktiviti saya yang padat setiap hari membuatkan diri ini lalai mengenai isu semasa. Mungkin ada yang di luar sana yang sebaya dengan saya juga tidak tahu apa itu GST. Saya belajar daripada kesilapan dan insya-Allah akan lebih membuka minda mengenai isu semasa.
Saya minta maaf sekali lagi dan ambil setiap kritikan dan teguran untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik," tulisnya.





sumber - malaysiandigest

No comments:

Post a Comment