Friday 24 April 2015

Dominic Toretto Umum Tarikh Tayangan Filem Furios 8

Vin Diesel telah membuat pengumuman itu di CinemaCon

F8 adalah filem kelapan dalam francais Fast dan Furious kini ditetapkan untuk keluaran April 14, 2017.

Pelakon utama Vin Diesel membuat pengumuman semasa pembentangan CinemaCon Universal di Las Vegas pada Khamis.

Bertajuk Furious 8, filem itu akan tiba sebagai susulan kepada Furious 7 yanag ditayangkan pada bulan ini, diarahkan oleh James Wan. Sejak ditayangkan April 3 yang lalu,  Kutipan keuntungan telah melebihi daripada $ 1 bilion di seluruh dunia (ia melepasi target yang sepatutnya dalam masa 17 hari).

Furious 8 akan menjadi filem yang pertama dalam siri
Fast dan Furious selepas kematian bintang utama Paul Walker, dan Diesel juga telah menyatakan kesedihannya kepada rakan seperjuangannya semasa memberi ucapan di atas pentas CinemaCon itu.

"Saya bersumpah kepada kamu dan kepada saudara saya di tingkat atas [Walker], kita akan membuat filem terbaik yang pernah kamu semua lihat," kata Diesel semasa pembentangan Universal ini.


No comments:

Post a Comment