Monday 28 November 2016

Road to Krabi Day 1

Assalamualaikum,

Hari ni baru ada mood nk menaip, so aku akan ceritakan pengalaman ke Krabi.  Perjalanan kami bermula dari RnR Jejantas Sungai Buloh. Masa aku sampai ramai dah ada majoriti geng ride kali ni guna motor Yamaha FZ tapi ada jugak 2 biji LC dan aku X1R. Kami bertolak lebih kurang 11.30 malam.


check point dari RnR sungai buloh - Border dan kos petrol

RnR Tanjung Malim - RM5
RnR Tapah                 - RM5
RnR Sungai Perak     - RM5 
RnR G.Semanggol    - RM5
RnR Juru                    - RM2
Rnr Gurun                  - RM3
Petronas Changlon  - RM4

Semasa nak bergerak dari RnR Gurun ke Changloon masa rtu dah masuk subuh, aku dan beberapa geng konvoi terjumpa mayat baru kena langgar lari terbaring tengah jalan. Kelam - kabut di buatnya nasib la x jauh dari situ Salah sorg dari kami patah balik semula maklumkan kepada staff shell untuk bagitau polis. Aku pulak patah balik panggil geng2 yang tengah minum kt RnR tu. Kami bergegas semula ke tempat eksiden sampai la polis datang then kami teruskan perjalanan.





Sampai di Changloon kami singgah di sebuah kedai makan untuk setel kan white card dan insuran. cuma yg perlu bagi geran motor/ salinan dan passport. bayaran RM18 sorang. Sementara tunggu insuran siap kami singgah makan kedai lempeng dan roti bakar berdekatan situ. menu utama lempeng sardin. lempeng kari ayam dan roti bakar telur separuh masak.


Plaza Tol Hutan Kmapung
Urusan insurans dan passport
Perut dah kenyang rehat pun dah cukup kami gerak semula ke kedai buat insuran dan terus ke border. kami sampai agak lewat pkul 11.30 pagi orang malaysia dah ramai beratur nak ke sana.

Restoran Lempeng
Urusan passport ada dua bahagian, satu untuk diri dan satu lagi untuk declare kenderaan.

kaunter pertama -  passport, borang tm dan insuran (kastam thailand akan bagi salinan satu surat beserta sign dan cop, surat kena bagi semula kt imigresen Thailang  masa nak balik semula ke  Malaysia (kena pau rm2)

kaunter kedua - passport dan geran (sign dan tulis no plate motor)

Lepas setel urusan imegresen kami pun selamat masok ke daerah Sadao Thailan. Kali ni baru aku belajar benda first bila masok kena beli simkad kalau hilang dari konvoi atleast bole survey guna google map or waze. So aku pun tapau simkad berharga 100bath + 20Bath (topap). Jangan lupa bagi passport time nk daftar tu. simkad ni tahan untuk sebulan include 1gb data.

kedai simcard depan sikit dari border thailand



Dah siap shopping simcard kami teruskan perjalanan ke Cafe Route 41 di kawasan patthalung. Cafe hipster ala2 zaman koboi ni mmg agak terkenal di kalangan bikers bole dikatakan check point wajib singgah.


Basahkan tekak dalam cafe aircond terasa syahdu. lebih kurang pkul 4 gerak mengala ke Trang kali ni kami ikut laluan kampung masok simpang ke kiri 5km selepas Cafe Route 41. Kami singgah makan tengahari walaupun dah petang sebenarnya berdekatan stesen kretapi pekan Trang. Sebelum sampai ke kedai makan keretapi ni kami singgah bergambar di Andaman Gatewey kat sini ada replika gajah beratur yang menjadi port wajib bergambar





Sampai kedai makan bantai je la apa yang ada yang penting kenyang. Aku cuma ambk nasi lauk telur masak lemak & rebung daging masak cili api.



Hampir pukul 6 petang kami bertolak ke krabi. sampai sana jam 8 lebih. aku nk bergambar pun beteri tinggal ciput nasib baik la ad action camera. sampai krabi lepak rehat kejap depan ketam.




Then masok kwsan pasar krabi pi makan. Nasi + ayam 3.50 murah bak ang. dah kenyang kami pi chech in hotel berdekatan Hospital Krabi. Hotel kami menginap adalah Hipster Hotel satu malam berharga 599Bath lebh kurg RM60+.

nasi 350Bath = 3.50++



Yamaha Spark 135

Aku lepak sebilik ngan budak kulim  firdaus. Dia ni lagi kental akal seminit td ptg sampai esok nye balik semula. Si firdaus ni dah banyak kali ride pi krabi, so malam tu dia bawak aku ronda pi pekan aonang. time tu la aku shopping sorvenier mne yg ad je la aku capai. dah penat shopping singgah makan kat tepi masjid Aonang. order la nasi putih tomyam ayam dan teh ais harganya 22Bath bersamaan Rm24++  korang rasa mahal ke murah?? hahaha


Hipster Hotel Krabi

Tapi bab makan aku malas nak berkira sangat yg penting kenyang tidur pun nyenyak. pukul 1.30 pagi kami gerak balik ke hotel. dalam perjalanan tu baru aku terdetik berani gak aku jalan berdua kt kawasan thailand pepagi buta ngn takde orang ni. apa2 hal pun aku tawakal je sampai la betul2 sampai depan hotel.  smpai hotel mandi2 tido. ok setel aktivit satu hari. post yg kedua akan menyusul.




Kbai
Assalamualaikum




No comments:

Post a Comment