Sunday 21 May 2017

4th Anniversary LC Gombak Phuket 2017 (Hari 1)

Sempena menyambut tahun ke 4 ulangtahun penubuhan LCGombak kami telah membuat aktiviti ride ke phuket. Seramai 9 orang yang mengikuti event tahun ni iaitu 

1 Aku Apex
2 Hunny Hamid
3.En Panda
4 En Califera
5 Shy Eyra  
6 Danel Adnan
7 Aqmal Hakim
8 En Zul
9 Aku

Tarikh 27 April - 2 Mei menjadi tarikh keramat bagi kami.Pada 27 mlm bersamaan hari khamis kami bertolak dari RV point Restoran Mahmood Bistro Batu Caves. Cuaca pada waktu itu agak berangin menandakan hujan bakal turun.

Team LCGombak hanya mampu escort sehingga Shell Taman Layang-Layang di sebabkan hujan mulai mencurah.

Setelah sesi bergambar selesai, Kami memulakan perjalanan dengan berbekalkan doa yg diketuai oleh En Panda.

Perjalanan terhenti seketika semasa perjalanan diatas highway berdekatan Rawang. Hujan yang lebat mengaburi penglihatan. Setelah semua rider memakai raincoat kecuali Daneal (lupa bawak). kami teruskan perjalanan. Antara tmpt wajib utuk isi minyak hala ke utara

- Shell Tg. Malim
- RnR Tapah
- RnR Simpang Pulai
- RnR Sungai Perak
*berhenti rehat 45 minit makan, solat disamping bagi masa mesin rehat
-
- RnR Juru
- RnR Gurun

Kami tiba di tempat buat urusan insuran & imigresen lbh kurg pukul 4.30 pagi. Disini kaunternya dibuka 24 jam disebabkan itu ia tempat wajib untuk kami singgah

Klik dibawah untuk lokasi
https://goo.gl/maps/xSKhN2R1eiB2
Urusan di kaunter
- untuk kapcai & seorang rider bayaran RM28
- untuk kapcai, seorang rider termasuk pembonceng RM
- untuk urusan motor atas nama pemilik lain pun bole diuruskan disni dibawah kadar rm15

* Selesai urusan passport, kami berehat  &tidur di Petronas Bukit Kayu Hitam

* Jam 7.30 kami mula bertolak ke border

* Time otw kami tak perasan Panda xde bersama kami, dah lepas dari border baru kami dapat info tayar motornya bocor kecil

*  Tapi satu hal lg tak dijangka Zul pomen sangkut kt border Malaysia sebab PTPTN 

* Kami dah mula hilang semangat untuk teruskan perjalanan

* Setelah berbincang dengan pegawai imigresen dan pegawai PTPTN zul kena buat bayaran baru dapat lepas ke luar ke Thailand

* Nasib baik Paan dan Eyra ada duit simpanan dan dahulukan RM1000 untuk bayaran PTPTN setelah budi bicara, kalau tidak kena bayar RM3000 lagi masakk.

* Lebih kurang 12pm kami selesai urusan di border Malaysia & Thailand

* Depan sikit dari border Thailand kami singgah berehenti sarapan,beli simkad 

* Kedai muslim dont worry, pekena lak aiskrim kelapa berharga 50bath

Bersambung.........











 








No comments:

Post a Comment