Monday 29 May 2023

ROAD TRIP KUALA LUMPUR KE KRABI THAILAND (PART 1)

 Assalamualaikum semua pembaca setia!!

Setelah lama menyepi hari ni aku terasa nak bercerita pengalaman kali pertama memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Krabi Thailand. Roadtrip kali ni aku tak berseorangan tetapi ditemani isteri tercinta dan sahabat serta pasangan nya. Bermula dari Janda Baik Pahang disebabkan aku ada kerja perlu disetelkan disana kemudian berhenti di Petronas Rawang hala utara. 


Disini aku isi petrol Perodua Bezza full tank kos RM43 (masih ada baki 3 bar sebelum isi), reload TNG dan singgah toilet siap2. Perjalanan bermula lebih kurang 12.15am. Kami berenti rehat di Shell Juru jam 4.15am layan makan meggi sup panas di temani Costa Coffee dan berenti rehat kali kedua di RnR Gurun tidur sekejap sementara tunggu waktu Subuh tiba.

Selesai solat subuh kami teruskan perjalanan  melalui pekan Changlun - Chupping - Padang Besar dan Sempadan Wang Kelian. Sebelum masuk ke sempadan kami singgah menikmati pemandangan di view point Wang Kelian. Bayaran masuk cuma RM2 seorang dan cas menaiki buggy RM3 seorang. Kalau tak nak nak buggy boleh trekking lebih kurang 5 minit untuk sampai ke puncak.









Selesai bergambar dan layan view kami meneruskan perjalanan, plan nya nak cari tempat sarapan  tetapi takda kedai atau warung yang kelihatan cuma kawasan kampung sahaja. Sebelum merentasi  sempadan Wang Kelian, kami singgah di Caltex Wang Kelian isi petrol bagi full tank, kalau tak isi makan modal beb harga petrol di Thailand jauh lebih mahal dari negara kita. 


SEMPADAN WANG KELIAN - WANG PRACHAN

Ini kali pertama aku masuk border Wang Kelian dengan menaiki kereta, disebabkan kereta yang aku pandu milik isteri aku, urusan declaration perlu dilakukan sendiri oleh nya. Mula-mula memang agak blurr biasanya cross border naik motor sendiri terus je lalu dekat laluan Imegresen tetapi pandu kereta lain pula caranya. Oleh itu aku bagi panduan masuk sempadan Wang Kelian

1. Kastam Malaysia - Drive thru sahaja cuma berikan passport setibanya di kaunter Kastam

2. Kastam Thailand - 

a. Setel je urusan di Kastam Malaysia korang perlu parking di tempat disediakan sebelah kiri pintu sempadan, bawa passport ke kaunter 1 (seperti dalam gmbar) untuk urusan white card. Cop 4 jari kiri, kanan dan ibu jari kiri kanan

b. Kemudian pergi kaunter ke 2 serahkan borang TM2 dan TM3

c. Akhir sekali pergi ke kaunter 3 serahkan passport owner kereta dan geran kereta. Lepas tu pegawai akan bagi satu form dan wajib di pulangkan semasa keluar dari border Thailand nanti



Bersebelahan Wang Kelian dikenali dengan nama Wang Prachan, kat sini banyak gerai-gerai makanan dan cenderhati boleh dibeli. Pagi tu nak makan tapi macam takda yang menyelerakan, aku cuma beli air kelapa dan teruskan perjalanan ke Pak Bara (Satun)

Kebiasaanya bila masuk border ni aku akan terus beli simkad tapi kedai simkad dekat masih tutup pada pagi tu. Nasib la GPS handphone berfungsi walaupun takda data internet. Kami pun susur perlahan-lahan melalui beberapa pekan kecil.

Tiba di satu persimpangan aku berenti bila ternampak 7E sebab Shaiful bagitau depan 7E ni ada jual simkad. Aku pun berenti tapau burger CP & susu Meiji dan beli simkad 200 bath unlimited data (brand DTEC). Kalau nak jimat dan murah simkad korang beli la dekat kedai handphone. 7E pun ada jual tapi harga 350-500 bath buat rugi beli mahal sebab guna pun tak lama.




abang2 big bike dari KL


Kami tiba di Pak Bara View Point lebih kurang pukul 11am waktu Thailand. Terserempak dengan abang big bike semasa di border tadi, haluan nya sama dengan trip kami ke Krabi. Kami berenti ambil gambar sekeping dua dan singgah makan tengari di BARA ROTI  sementara tunggu Shaiful dan pasangan check out dari hotel.

Green Tea & Teh Ais

Pancak Pisang

Warung ni owner muslim dan bersebelahan pantai. Menu tersedia seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Kuning dan Roti Canai. Kami order Nasi Kuning Ayam Goreng & Pancake Pisang , Green Tea dan Teh Ais total 145Bath.

Setel isi perut kami teruskan perjalanan ke check point pertama kami akan singgah EMERALD POOL!


Bersambung.....






No comments:

Post a Comment