Monday 29 May 2023

Konvoi Merdeka Langkawi x Penang 2016

Assalamualaikum,

Kali aku nak cerita pengalaman konvoi merdeka 2016 ke pulau langkawi dan pulau pinang. kami bertolak dari gombak lebih kurang 11 malam 26/8  (khamis). geng langkawi 6 ball aku, shaiful reaper, kici kecil, pejal zaki, aqmal hakim & ery ayie. malam tu kami saing sekali ngn geng2 thailand (dorg ride pi 1000 corner Maehonsong) dorg 7 ball zul pomen, awai nuar, ozie, piji, aus ngn zuls excobar. tmbah meriah lagi bila geng2 klrc & lcca support konvoi kami dri tol sungai buloh smpai la RnR tanjung malim. Start exit tol sungai buloh mmg masing2 pulas trotel smpai la RnR tanjung malim agaknya ramai buat dorg seronok. aku?? aku bse la maintain je meter 150-160. laju? xde lah laju meter v1 ringan.


Abied vs Lan Curry
LCGombak, LC Crew Ampang & KLRC
Shell Taman Layang-layang Kepong

Perjalanan kami bermula dari Restoran Mahmmod Bistro Batu Caves dan memasuki highway melalui tol sungai buloh. kami bertolak dari restoran lebih kurang 10.30 pm. bermula dari tol sungai buloh kami singgah di setiap RnR yang mempunyai petrol pam cuma di rnr rawang saja yg kami skip sebab petrol x luak lagi hehehe

1 - R&R Tanjung Malim
2 - R&R Tapah
3 - R&R Sungai Perak (berhenti rehat setengah jam)
4.- R&R Gunung Semanggol
5 - Shell Juru
6 - R&R Gurun
7 - Petronas Bukit Kayu hitam (4.30am)

R&R Tsnjung Malim


R&R Sungai Perak
Shell Juru


R&R Gurun

Sebelum singgah ke check point terakhir kami singgah minum di changlun untuk bagi laluan geng2 thailand setelkan urusan pasport sejam jugak kt sana. kebanyakkan bas pelancong pun akan singgah di sini mungkin disebabkan kwsan yg luas utk parking dan ada kemudahan bilik air dan tempat makan.

Setelkan passport

Dah siap urusan kami teruskan perjalanan ke petronas bukit kayu hitam. Stesen ni buka jam 6 pagi, kami pulak tiba terlebih awak lbh kurang 4.30. Masing2 dah lemau parking motor blkg stesen terus lena. Sepul pulak busy pump brake depan. Punca nya masa berhenti rehat kt tempat insuran tadi si ozie main pump2 pedal brak, tapi terlebih pump hose brake si sepul ni pecah. x bole buat ap dah kena tunggu siang kalau nak repair.

Aku usha dari jauh je baru nak lelap hujan lebat pulak turun, masing2 yg tgah tidur tadi kelam kabut  alih motor then sambung smula tidur. aku angkat kaki tidur betul2 depan kaunter petronas tu. hujan2 mmg syok la tido, selebung la kepala ngn jaket sampai laaaa aku terjaga orang nak bayar duit petrol hahaha rupa-rupa nya lampu stesen tu dah bukk orang dah siap isi minyak, aku selamba je tido, punya la malu bngun2 terus ke toilet hahaha.


27/8/2016 Sabtu

Setel solat subuh kami bersalaman dgn geng thailand di sini last check point kami bersama lepas ni dorang terus perjalanan ke Mae Hon Song dan kami ke langkawi. Hujan renyai2 di permulaan hari ni dengan suasana suram. Jalan agak licin so kami bawak perlahan je.

 Route utk hari ni

Bukit Kayu Hitam - Padang Besar - Wang Kelian - Gua Kelam - Jeti Kuala Perlis



Tumpang berteduh ye tuan tanah
Sebelum meneruskan  perjalanan ke wang kelian kami berhenti sarapan di restoran berdekatan simpang masuk ke sana. roti canai dan nasi lemak panas menjadi pilihan di kala hujan renyai. kami berehat lebih kurang 45. Bila hujan dah berenti kami bergerak semula.







Ngombe luuu


Ini lah kali pertama kami melalui jalan ini, korner nye mengalahkan genting highland & ekstrim sikit macam jalan ke Fraser Hills. laluan nye akan mendaki bukit setinggi 45darjah dan melalui kawasan kampung, sebuah pump minyak terdapat kat situ so sapa2 yang rasa tank dia kecik or kuat makan minyak disarankan untuk isi minyak di sini.






Sesudah sampai di border wang kelian, kami cuma dibenarkan untuk mengambil gambar sahaja antara imigresen malaysia dan imigresen thailand. Ramai bikers bagitau kat situ ada sebuah warung kopi, memang sah ada cuma luck kami x berapa cantik coz warung nye tutup pada hari sabtu. maka kami cuma mengambil gambar 8-9 keping buat kenangan hehehe


Jangan lupa tampal stiker


LCGombak was here

Border Malaysia



Border Malaysia - Thailand



Ni view paling cun


Puncak Wang Kelian






Dari Gua Kelam kami bergerak ke Jeti Kuala Perlih tapi singgah kejap beli cable trotel utk motor sepol. kami sampai di jeti lebih kurang jam 12.30. lepas setel urusan tiket feri kami tapau makanan buat lunch atas laut.

cari cable trotel
layan angin dengan mata rabak
Kecundang hahaha

Selamat mendarat di pulau langkasuka




No comments:

Post a Comment