Monday 12 June 2023

ROAD TRIP KUALA LUMPUR KE KRABI THAILAND (PART 2)

 Assalamualaikum





Perjalanan dari Pak Bara menghala ke Emerald Pool mengambil masa lebih kurang 3 jam suku dengan jarak perjalanan 205km.  Kami tiba pada pukul 3.30pm waktu tempatan satu jam sebelum tempat ni ditutup. Bayaran yang di kenakan untuk parking kereta 40 bath manakala harga tiket untuk masuk ke Emerald Pool 400 bath seorang (tourist luar). Dari pintu gerbang seperti dibawah ni perlu trekking lebih kurang 20 minit untuk sampai ke kolam mandi. 





Dekat sini ada 3 kolam yang berbeza, Blue Pool (kolam air panas) tidak dibenarkan mandi dan perlu trekking lagi 20 minit ke atas. Emerald Pool (kolam utama pelancong datang untuk mandi) dan Crystal Pool (air berpunca dari Emerald Pool dan  sumber sekitar tidak sesuai untuk mandi disebabkan dasar nya berlumpur). Oleh kerana kami sampai pun lewat hanya ada sejam sahaja, kami cuma lepak santai mandi di bahagian Emerald Pool saja.




Selesai bermandi-manda kami meneruskan perjalanan ke Miti hotel. Tempahan bilik kami buat seminggu awal sebelum bertolak dari KL, kos untuk 1 bilik 3 hari 2 malam RM185. Kami tiba di lobby hotel pada 7.48pm, naik bilik, solat dan berehat sekejap sebelum turun semula untuk pekan Aonang disamping mencari pakej island hopping.



Dari hotel kami berjalan kaki sikit ke jalan utama dan ambil tuk-tuk menghala Aonang Landmark dengan kos 400 bath. Tempat ni first time aku sampai dan nampak macam baru dibuka. Pelbagai gerai baju, cenderhati dan makanan. Harga agak mahal sikit mungkin tempat tumpuan pelancong. Harga untuk sepinggan nasi goreng tomyam dan nasi putih ayam gajus 330Bath. Air teh hijau dan berkabonat dalam 150 Bath.

Shell Sculpture


Dekat sini ada kawasan lepak meja kerusi disediakan, beli makanan di gerak dan duduk sambil layan orang Thai buat persembahan. Bagi peminat Muay Thai boleh datang ke sini tengok secara live cuma bayaran masuk aku tak berapa pasti. Puas meronda kami pun booking motor 3 roda menghala ke Night Market Aonang dengan bayaran 350 Bath sehala.

Ikan Layar @ Aonang Beach

Setibanya disana, kami berjalan kaki dari hujung kedai ke hujung kedai untuk servey pakej island hopping, rata-rata mengenakan harga 1+++ Bath ke atas per pax. Kami jumpa pakej paling murah berharga 700 Bath per pax dengan seorang makcik muslim ni, kedai nya ada signboard hijau dan tertera tulisan PSP Pharmacy. 



Pakej 700 Bath ni termasuk pengangkutan dari hotel ke jeti, makan tengahari, tiket masuk taman negara 4 pulau dan snorkeling. Driver akan pick up pada pukul 8am. Dari Night Market tu kami berjalan kaki pulang dan singgah berehat di gerai berhadapan 7E berdekatan hotel. Owner gerai ni muslim dan menyajikan pelbagai jenis pancake. (Roti canai dll)

Pancake telur & susu dan murtabak daging

Halal Toyiban dekat 7E

Sebelum naik ke hotel kami singgah  7E dulu beli makanan antaranya burger ayam CP dan Air Meiji buat alas perut sambil layan movie. Malam tu kami tido awal  setelah melalui perjalanan yang jauh baru dapat lena atas tilam yang empuk haha. Tenaga juga perlu disimpan, untuk aktivti Island Hopping esoknya pasti memenatkan.


Bersambung....






No comments:

Post a Comment